Saturday, August 15, 2009

PETUA BERJIMAT

Setiap orang mempunyai pelbagai cara untuk menguruskan perbelanjaan mereka.Semua ini bergantung kepada diri individu itu sendiri untuk bijak uruskan perbelanjaan mereka.Sekiranya mereka menggunakan kad kredit dalam kehidupan seharian mereka,mereka perlu bijak unutk gunakanya bagi mengelakkan pelbagai masalah yang akan timbul…Dalam blog ini turut dipaparkan cara-cara untuk berjimat…

Tips penggunaan kad kredit

-Penggunaan kad kredit yang tidak terkawal akan menyebabkan berlakunya perbelanjaan melebihi pendapatan. Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyebabkan berlakunya masalah hutang yang tidak dapat dilangsaikan. Makin lama hutang tertunggak, makin banyak pula ‘faedah’ yang terpaksa ditanggung oleh pengguna. Berikut beberapa tips yang boleh dijadikan panduan kepada para pengguna kad kredit…

1-Sebelum memiliki kad kredit, lebih baik anda berfikir dahulu, adakah menjadi satu kepentingan untuk anda memiliki kad kredit dan untuk apa anda memohon kad kerdit itu. Jika anda rasa tidak mampu mengawal diri daripada berbelanja berlebihan menggunakan kad kredit, elok anda batalkan sahaja niat anda untuk memohon kad kredit. Ianya lebih selamat daripada anda terpaksa menanggung beban hutang yang tidak berkesudahan.

2. Jika sudah memiliki kad kredit, ingat dan sentiasa tanam dalam diri anda agartidak boros ketika berbelanja menggunakan kad kredit. Kalau boleh, beli secara tunai sahaja dan elakkan berhutang. Apa yang paling penting ketika menggunakan kad kredit ialah disiplin. Jika tiada disiplin yang kuat dalam diri anda, maka berlakulah penyalahgunaan kad kredit.

3. Jika anda terdesak untuk menggunakan kad kredit terutama untuk perkara-perkara yang tidak dijangka dan kebetulan ketika waktu tersebut anda tidak mempunyai wang yang cukup, maka gunakanlah kad kredit anda. Dan jika anda berhajat untuk membeli sesuatu misalnya televisyen baru, gunakanlah pelan bayaran tanpa faedah. Buat masa ini banyak kedai-kedai yang menawarkan skim bayaran tanpa faedah untuk kemudahan pembelinya.

4. Cubalah untuk cari kedai-kedai yang menawarkan skim bayaran mudah yang menawarkan bayaran tanpa faedah untuk tempoh selama 6 bulan, 12 bulan, 24 bulan atau 36 bulan.

5. Jika anda memiliki baki tertunggak dalam sesebuah kad kredit, cubalah usahakan untuk memindahkan baki bayaran tertunggak anda kepada kad kredit yang menawarkan kadar faedah yang lebih rendah daripada kad kredit yang anda pakai sekarang. Tapi yang pasti, jangan tambah kad kredit. Bila sudah mohon kad kredit yang baru, pastikan anda membatalkan kad kredit yang sebelumnya untuk mengelakkan bertambahnya beban hutang anda.

6. Cuba disiplinkan diri anda untuk bayar jumlah penuh setiap perbelanjaan yang anda buat setiap bulan menggunakan kad kredit. Ini ialah untuk mengelakkan anda dikenakan bayaran faedah oleh pihak pengurusan kad kredit anda. Biasanya setiap kad kredit menawarkan 20 hari tanpa bayaran faedah. Namun apa yang paling utama sekali ialah disiplin ketika menggunakan kad kredit. Jika tidak sampai bila-bila pun anda gagal menguruskan kewangan anda dengan baik.

PETUA CINTA

Cinta sememangnya sudah begitu sinonim dengan remaja.Setiap remaja berasa diri mereka ingin disayangi dan menyayangi di antara satu sama lain.Tidak kira lelaki@wanita pasti ingin tahu cara-cara@petua tentang cinta…Namun begitu,jika kita tidak mahu hanyut dalam melayari erti cinta,jangan pernah sekali-kali kita melupakan segala laranganya, malah kita juga perlu sentiasa mengerjakan suruhan- NYA…serahkan segala- galanya pada ALLAH S.W.T yang lebih mengetahuinya...Insyaallah,terlindunglah kita daripada cinta yang bertopengkan syaitan…Oleh itu,dalam blog ini dipaparkan tentang tanda-tanda jatuh cinta,rahsia wanita,strategi memikat wanita& sebagainya…

Tanda-tanda lelaki jatuh cinta

1. Lelaki akan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara ntuk kekasihnya dengan rela hati bukan kerana terpaksa atau dipaksa.

2. Lelaki akan sentiasa ingin menghiburkan kekasih hatinya dan berubah menjadi orang yang suka berbual.

3. Lelaki akan kerap menasihati dan memberi pandangan kepada kekasihnya sebagai tanda dia menyayangi kekasihnya itu.

4. Kadangkala lelaki cuba menyekat kebebasan kekasihnya kerana wujudnya perasaan cemburu dan curiga.

5. Lelaki sentiasa berasa takut akan kehilangan kekasihnya.

6. Lelaki tidak menyukai sekiranya kekasih hatinya rapat atau berkawan dengan lelaki lain.

7. Apabila kekasihnya tidak memberi tumpuan sepenuhnya, lelaki akan mudah berasa cemburu dan sensitif.

8. Adakalanya lelaki bersikap seperti keanak-anakan kerana mahukan perhatian dan layanan daripada kekasihnya.

9. Lelaki akan berubah menjadi seorang yang rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa sahaja.

10. Lelaki mula pandai merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

Rahsia wanita

- Mengenali seseorang adalah detik terindah dalam kehidupan manusia. Baik lelaki mahupun wanita, perasaan yang sama tetap wujud. Sifat ingin mengenali seterusnya menjalin hubungan yang serius adalah lumrah bagi semua orang. Asalkan namanya membabitkan ‘hati dan perasaan’, semuanya adalah sama…Namun begitu,wanita turut mempunyai rahsianya yang tersendiri seperti berikut…
1 - Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmatanya, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2- Bila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya,lebih baik anda beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum anda menegurnya dengan ucapan maaf.
3-Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang palingdia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan) berbanding dengan lelaki….

PETUA WANITA

Menjadi seorang wanita ini bukanlah begitu mudah.Dalam kehidupan wanita ini terdapat pelbagai pantang-larang yang perlu mereka patuhi bagi mengelakkan daripada berlaku perkara yang tidak diingini…Dalam blog ini dipaparkan beberapa perkara yang perlu dititikberatkan oleh wanita dalam kehidupan seharian mereka…Selamat mencuba…

Menghilangkan keputihan

-Bagi wanita yang mengalami masalah keputihan disarankan agar mencuba petua ini. Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya dan cuci bersih. Kemudian direbus di dalam periuk. Setelah mendidih campurkan sedikit garam dan biarkan suam. Kemudian ambil air rebusan yang suam tersebut dan cuci kemaluan. Lakukan 3 kali seminggu…

Elakkan pakai coli lebih 12 jam

-Ada sebab mengapa saranan ini dibuat. Ia kerana memakai coli lebih daripada tempoh 12 jam sehari mampu meningkatkan risiko kanser payu dara. Sebabnya coli akan memberikan tekanan kepada payu dara terutama kepada sistem limfa. Sistem ini mengandungi sejenis saraf yang sangat kecil dan berfugsi untuk mengeluarkan toksin, sel debris, sel kanser, virus, bakteria dan sebagainya untuk keluar dari sistem payu dara. Namun begitu, coli juga penting kerana ia menyokong dan mengekalkan bentuk payu dara. Ramai wanita mengakui mereka tidak selesa jika tidak memakai coli. Sebagai penyelesaian, elakkan memakai coli semasa tidur. Ini adalah antara cara untuk membantu mengelakkan risiko kanser payu dara.

Kurangkan risiko kanser payudara

-Salah satu cara untuk mengurangkan kanser payudara adalah dengan meminum air kacang soya. Selain mengatur fungsi reproduksi kandungan isoflavon dalam kacang soya dapat meningkatkan antioksida vitamin C dan E sehingga melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser seperti kanser payudara…

Meningkatkan kesuburan

-Untuk meningkatkan kesuburan seseorang, minumlah kacang soya setiap hari. Kalau boleh soya yang diperah secara asli (bukan dalam kotak). Ini disebabkan kacang soya membantu mengatasi penurunan hormon estrogen pada wanita kerana kacang soya mempunyai khasiat isoflavon iaitu khasiat yang mempunyai kesan yang sama seperti estrogen. Cubalah….

PETUA TIDUR


Tidur merupakan salah satu daripada nikmat kurniaan ALLAH S.W.T kepada kita. Semasa tidur sebahagian daripada anggota tubuh kita akan dapat berehat dan sebahagian daripada otak kita juga dapat berehat. Jika manusia tidak dapat tidur, dia akan menjadi separuh gila (diganggu igauan semasa jaga). Oleh itu manusia perlukan tidur biarpun sebentar saja.Susah untuk mendapatkan tidur yang lena begitu kerap berlaku pada semua orang,kemungkinan masalah ini berlaku berpunca daripada pelbagai faktor…Oleh itu,dalam blog ini turut dipaparkan cara-cara untuk mendapatkan tidur yang lena…Selamat mencuba….Insyallah, berjaya..

Susah untuk tidur

-Jika diserang sakit tidak dapat tidur lena pada setiap malam, memang merunsingkan.Badan akan terasa sakit-sakit dan lemah pada sebelah siang.Selalu menguap dan mengantuk.Dalam perkara ini dinasihatkan supaya mencari buah pala.Buah pala itu diparut secukupnya lalu dicampurkan dengan sedikit air.Kemudian ditekapkan pada bahagian ubun-ubun di kepala.Dengan izin Allah, orang yang mengalami hal ini akan tidur….

Mengurangkan dengkur

-Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. minumlah beberapa minit sebelum tidur….

Petua tidur lena

-Petua ini telah lama saya amalkan dan saya ingin berkongsi bersama kawan-kawan, bagi sesiapa yang berminat.. amalannya mudah sahaja…Sebelum masuk tidur, cuci muka dan basuh kaki terlebih dahulu, biar bersih luaran.. Dan yang penting sekali masa hendak baring tu bacalah Bismillah sebanyak 21 kali… Insyaallah tidur anda akan lena sampai esok pagi…. Saya dah mengamalkan petua ni selalu dan sangat berkesan. Cubalah bagi sesiapa yang mengalami masalah tidur malam. Semoga mendapat faedah dan kebaikan kepada semua…

PETUA PANTANG-LARANG ORANG LAMA

Orang tua zaman dahulu begitu menitikberatkan soal pantang- larang ini.Hal ini kerana bagi mereka pantang- larang tersebut penting untuk mereka jadikanya sebagai asas panduan di dalam kehidupan seharian mereka.Namun begitu,pantang- larang tersebut boleh mendatangkan pelbagai perkara buruk kepada sesipa sahaja yang mengingkarinya...Oleh itu,di bawah ini ada dipaparkan beberapa jenis pantang –larang yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian....

1)-Kita sering mendengar orang sesat di dalam hutan.Pantang larangnya jangan sekali-kali kita atau salah seorang daripada kita bercakap besar ketika berada dalam hutan seperti “aku tak akan sesat di dalam hutan”.Sebaik-baiknya setiap anggota mendiamkan diri dan jangan ambil sebarang benda atau tumbuhan yang ganjil semasa dalam perjalanan tersebut.

2)-Sebagaimana kata orang tua-tua “Anak dara yang suka menyanyi di dapur sukar mendapat suami”.Oleh itu,jangan lah kita sesekali mengamalkan perkara tersebut ketika berada di dapur. Selain itu, anak dara yang suka termenung di atas tangga juga berat jodohnya.

3)- Menurut pengalaman orang tua-tua sekiranya anda ingin mata anda sentiasa terang, jangan sekali- kali melihat kemaluan isteri atau suami.

4)-Sekiranya anda mahu gigi anda tahan lama dan tidak mudah sakit jangan sesekali meludah semasa membuang air besar atau di tempat-tempat kotor.Bagi menahan air liur keluar, anda hanya perlu menutup mulut sambil mencekam gigi dengan kuat.

5)-Elakkan diri daripada mengamakanl mandi di tengah malam yang boleh menyebabkan badan menjadi lemah dan kurang bermaya.

6)- Jangan melakukan perbuatan mencampak apa-apa barang terutamanya pakaian melalui tingkap rumah kerana menurut orang tua-tua amalan ini boleh memendekkan rezeki.

PETUA MENGIRA INDEKS JISIM TUBUH


Berat badan yang berlebihan adalah disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk yang diwarisi @diperolehi sendiri.Rawatan serta pengurusan jangka panjang diperlukan untuk mencapai & mengekalkan penurunan berat badan.Setiap orang perlu beri perhatian yang serius terhadap berat badan mereka.Pengekalan berat badan yang sesuai dengan ketinggian anda merupakan cara yang penting untuk mengekalkan badan yang sihat dan menarik.Oleh itu,di sini saya ada memaparkan cara untuk mengira keseimbangan berat badan.

Cara mengira keseimbangan berat dengan tinggi Indeks Jisim Tubuh (BMI): Berat tubuh badan(KG) bahagi Ketinggian(M) kali Ketinggian(M)

-Contoh : Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.56 m Mula-mula, kalikan 1.56 dengan 1.56 bersamaan 2.4336 Kemudian bahagikan 55 dengan 2.4336 untuk mendapatkan BMI anda,yang mana jawapannya ialah 22.6 Sekiranya BMI anda :

* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan

* 20 hingga 24.9, anda terdiri dari berat badan yang normal

* 25 hingga 29.9, berat badan anda mulai berlebihan

* 30 dan keatas,anda adalah obesiti

PETUA PENJAGAAN BAYI



Masalah cirit-birit selalu berlaku pada bayi yang di berikan susu formula. Selalunya ia terjadi kerana beberapa sebab.Antara sebabnya ialah bayi anda alah dengan susu lembu atau botol susu yang kurang bersih .Akibatnya bayi anda mungkin mengalami cirit-birit yang boleh menyebabkan suhu badan bayi menjadi panas dan kering kerana kehilangan banyak air. Selain daripada itu kawasan punggung bayi mungkin menjadi merah dan melecet.


Apa yang anda perlu lakukan adalah ,selalunya doktor akan meminta anda menukar susu formula tersebut kepada susu berasaskan soya kerana ia lebih ‘lembut’ dengan perut bayi.Selain itu,lampin perlulah selalu ditukar.Hal ini kerana bayi akan berasa lebih selesa dan tidak merangsang kulit bayi yang terdedah dengan bahan kimia yang terkandung di dalam lampin pakai buang. Supaya lampin tidak lembap, anda boleh lapik lampin kain tadi dengan nappy liner.Sapukan krim atau gantikan dengan tepung ubi untuk mempercepatkan penyembuhan. Sesekali dedahkan atau biarkan bayi anda tidak memakai lampin supaya kawasan punggung tidak lembap.Selain dari itu, jangan gosok kawasan punggung bayi setiap kali mencuci kawasan tersebut. Hanya alirkan air bersih dan lap sahaja.

Petua mengurangkan selsema pada bayi

-Bayi yang masih kecil kalau selsema memang kadangkala sukar untuk bernafas.Kalau keadaan terlalu teruk, anda terpaksa membawa mereka ke klinik supaya kahak dan lendir tersebut di sedut atau di buang.Menurut ibu yang pernah mengalaminya, doktor menggunakan gas. Di farmasi juga ada di jual ubat titik atau drops untuk di titikkan dalam hidung bayi tetapi ia tak boleh diamalkan selalu.Jadi hari ini saya paparkan serba sedikit petua untuk hilangkan selsema pada bayi.Insyaallah,petua ini dapat membantu kurangkan selsema pada bayi anda…
1. Petua gunakan kapur sirih dengan kunyit
- Ambil kunyit hidup dan di gesekkan dengan kapur makan. Sapu di sepanjang batang hidung bayi .
2.Gunakan madu
- Madu ini dapat membantu mengeringkan kahak.Oleh itu, campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu pada sedikit setiap hari.
3.Petua menggunakan daun sirih
-Ambil beberapa helai daun sirih, ramas atau tekan-tekan daun tersebut dengan tangan dan ambil lendirnya.Kemudian sapu lendir sirih tersebut di sepanjang batang hidung bayi.

PETUA MASAKAN

Sebagai seorang suri rumah pasti mereka mempunyai masalah di dapur.Semoga petua yang dipaparkan di bawah ini sedikit sebanyak dapat membantu suri rumah yang menghadapi masalah berkenaan perkara-perkara seperti di bawah...

Mengekalkan Kesegaran Sayuran

-Sayuran yang disimpan didalam peti ais beberapa hari akan hilang kesegarannya. Cubalah rendamkan sayuran tadi di dalam air yang dicampurkan dengan sedikit cuka selama beberapa minit dan hasilnya juga akan menghilangkan kekotoran pada sayuran tadi.

Jemput-jemput Sentiasa Lembut

-Bancuh adunan jemput-jemput dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Hasilnya jemput-jemput anda akan sentiasa lembut, walaupun setelah ianya sejuk.

Menghilangkan pahit peria

-Untuk menghilangkan pahit peria, cuba potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, toskan dan sedia untuk dimakan...

Ikan Tidak Melekat Dikuali

-Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian goreng asam gelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan tidak melekat lagi.

Tauhu Tidak Melekat Dikuali

-Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.

Masakan Termasin

-Untuk mengatasi masalah ini, cubalah beberapa petua yang dicadangkan ini :-
1. Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit.
2. Kemudian basuh tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutup semula masakan tadi.Rasa masin akan hilang dengan sendirinya.
3. Potong dua atau tiga biji kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan termasin. Setelah kentang itu lembut, keluarkannya semula.

Merasa Makanan di Bulan Puasa

-Ketika di bulan puasa agak sukar untuk kita menentukan rasa garam atau gula. Cara yang paling mudah ialah dengan meletakkan setitik kuah di atas kuku ibu jari tangan anda. Jika didapati bulatan itu berbentuk kecil dan kemas bermakna telah cukup rasanya.Letakkan setitik kuah di atas jari tangan anda. Jika kuah tersebut tidak meleleh, tandanya sudah cukup manis.

Memasak Nasi yang Mentah

-Isi air di dalam cawan dan letakkan di dalam periuk yang berisi nasi. Tutup periuk dan perlahankan api hingga nasi masak.

Mengelakkan Nasi Hangit

-Nasi yang dimasak akan menjadi kurang enak jika didapati hangit. Caranya, sebelum memasak nasi, masukkan satu sudu kecil marjerin ke dalam periuk.

Mengelakkan Bau Hangit Nasi

1. Masukkan beberapa tangkai cili kering dan tutup dengan daun pisang. Bau hangit akan hilang.
2. Ambil kulit bawang, cuci dan masukkan ke dalam periuk nasi yang hangit tadi dan tutupkan
3. Ambil daun pandan, masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan pada tengah-tengah nasi yang hangit.

Memilih Sayur - Sayuran


1. Kobis : Pilih jenis yang ringan dan rongganya besar-besar.

2. Sawi : Pilih sawi yang berdaun lebar tetapi batangnya kecil.

3. Timun : Pilih timun yang lurus dan pangkalnya kurang warna hijau tua.

4. Tomato : Pilih tomato yang warnanya kehijau-hijauan sedikit.

5. Ubi Keledek : Pilih buah yang lurus dan bersih kulitnya.

6. Bendi : Pastikan hujungnya lembut




Friday, August 14, 2009

PETUA KESIHATAN

Kesihatan merupakan satu aspek yang penting bagi setiap manusia.Penjagaan kesihatan perlu sentiasa dititikberatkan dalam diri individu itu sendiri..Dalam blog ini turut dipaparkan cara-cara untuk menangani pelbagai masalah kesihatan yang sering menimpa seseorang..Insyaallah..Selamat mencuba...

Asma/semput

-Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakitasma.-Daun ekor kucing dan sedikit kapur makan diramas sehingga keluar air dan digosokkan pada belakang dan dada pesakit asma.

Barah

-Tiga helai daun sirih bertemu urat dihancurkan lumat berserta kapur sirih sebesar ibu jari kaki dan sesudu makan madu lebah untuk menjadi pepesan. Sapukan tiga kali sehari dibahagian yang sakit.-rebus daun pecah beling dan minum sebanyak 3 kali sehari,rasanya tidaklah pahit seperti minum teh o tanpa gula.

Batuk/ lelah

-Daun sirih dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air daun sirih diguna untuk minuman kepada pesakit.-Amalkan minum air madu lebah yang di campur dengan air suam.

Mengurangkan Masalah Darah Tinggi

-Ambil pucuk betik jantan direbus dan dibuat kerabu ia juga boleh direbus dan dimakan bersama sambal belacan.Pahit sikit tapi baik untuk yang sakit darah tinggi.Insyaallah semoga ianya berjaya.-minum air rebusan daun pecah beling yang terbukti banyak khasiat.Rasanya tidak pahit.

Sakit Hati

-Bawang putih sepuluh ulas, garam jantan sebuku, sedikit jemuju dan sehelai daun sirih bertemu urat. Tumbuk lumat ramuan tersebut dan bubuhkan air panas sebelum diminum. Amalkan selama tiga pagi, dan ambil segengam garam serta goreng sangan (goreng tanpa minyak), bungkuskan ke dalam kain bersih serta tuamkan kebahagian hati di atas dada.
Penawar Resdong
-Penyebab resdung adalah kekotoran / hama yang kita sedut melalui pernafasan.Mengamalkan perbuatan menyedut air kedalam hidung ( seperti berwuduk ) kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati, buat berulang kali sehingga kedua-dua belah selesai. Selepas itu basuh muka sebersih-bersihnya. Lakukan ini setiap kali mengambil wuduk atau pun sampai kesatu destinasi,baik kepejabat ,bersantai , beriadah pulang kerumah malah kemana saja. Amal kesannya sungguh menakjubkan.Jika rasa gatal pada mata atau wajah ambil tuala basahkan dengan air suam dan tekap pada wajah untuk medakan kegatalan jangan di garu nanti bertambah parah.

Demam Panas
-Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuh air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan dan jaramkan pada kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.-ambil daun bunga raya dan 7 butir beras dan sedikit air diramassehingga keluar lendir dan selawat sebanyak 11 kali dan sapu pada kepala ,perut atau jaram/sapu seluruh badan.Ulang sehingga panas berkurangan.peringatan jangan jaram/sapu masa matahari naik (12.00-2.00 tengahari). Seeloknya waktu pagi atau malam.
Gegata (bengkak-bengkak dan gatal)
-Layurkan daun sirih di atas bara api dan sapukan pada badan yang ditumbuhi gegata. Rasa miang dan gatal akan hilang dengan segera.
Hidung berdarah

-Daun sirih digulung sebesar jari kelingking serta diramas sedikit dibahagian hujungnya untuk mengeluarkan bau dan dimasukkan kehidung yang berdarah. Baringkan pesakit dengan keadaan kepala meninggi.

Menurunkan Darah Tinggi

-Ambil segenggam daun kucai,basuh bersih selepas itu masukkan kedalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan.Mesin sehingga lumat atau hancur ( jangan campur dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja.Masukkan kedalam bekas mangkuk atau cawan,selepas itu embunkan sehingga pagi.Bila bangun pagi sebelum minum atau makan hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali.amalkan selama tiga hari,selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan.Insyaalah darah tinggi akan jadi normal.



PETUA KECANTIKAN

Kecantikan sememangnya sinonim dengan kaum wanita.Wanita juga ingin sentiasa cantik dipandangan mata setiap orang.Petua ini mungkin telah diingatkan kepada kita berulang kali oleh ibu @ nenek kita,namun tidak ramai yang menjadikannya sebagai satu amalan.Oleh itu petua ini sangat berguna kerana ia boleh menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian hanya dengan menggunakan panduan-panduan ringkas yang dipaparkan dalam blog ini.

Petua awet muda

-Meminum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur merupakan amalan pengekalan kejelitaan yang paling mudah, tetapi paling mujarab. Di bawah adalah 'penambahan' kepada amalan meminum air suam yang mesti kita amalkan setiap pagi untuk kelihatan awet muda sepanjang usia kita. Bagi saya, biarlah usia kita tua, namun wajah kita tidak perlu menunjukkannya.-Letakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Bagi umat Islam, berselawatlah 3 kali sebelum mengambil minuman ini. Perlu diingatkan untuk meminum air suam ini sebelum mengambil apa-apa sarapan.

Petua cantik semulajadi

-Cuci muka anda dengan air basuhan beras. Saya menggunakan air basuhan kali ke-2. Air basuhan kali pertama biasanya agak gatal. Lakukannya pada setiap hari, sehari sekali. Kulit muka bukan sahaja bersih berseri, malahan akan menjadi bertambah cerah dan lembut.-Setiap kali nasi yang dimasak hampir kering, ambil 2 sudu makan air nasi tersebut (airnya kelihatan agak pekat). Lumurkan pada seluruh wajah dan leher ketika masih suam. Biarkan sehingga kering, kemudian barulah dibilas.

Petua kecantikan mata

1)Bulatan hitam bawah mata-Hancurkan/tumbuk daun pudina segar dan letakkannya di sekitar bahagian mata. Biarkannya selama 10 minit sebelum mencucinya menggunakan air sejuk.
2-)Mata sembab-Mata sembab boleh dikurangkan dengan menggunakan potongan ubi kentang segar. Caranya adalah dengan meletakkan potongan ubi kentang di atas mata selama beberapa minit.

Petua hilangkan parut jerawat

-Petua ini menggunakan daun lidah buaya untuk membantu memudarkan parut (tak kira parut jerawat ke atau parut di badan)-Caranya adalah dengan mengambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. InsyaAllah parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baru. Ingat, jangan tunggu lama-lama, jangan biar luka/parut dah jadi kehitaman baru nak cari daun lidah buaya ni yer..

Petua hilangkan jerawat

Petua kali ini menggunakan kulit timun.
-Kupas kulit sebiji timun dan kemudian tumbuk hingga lumat. Bersihkan wajah terlebih dahulu dan lapkan wajah sehingga kering. Selepas itu, pupurkan kulit timun yang telah ditumbuk tadi pada jerawat yang terdapat di wajah anda. -Biarkan ia mengering selama 1/2 jam pada wajah sebelum dicuci dengan air bersih. Petua ini elok jika diamalkan pada setiap hari supaya jerawat yang tumbuh cepat mengering dan tidak meninggalkan bekas.

Petua kurangkan rambut gugur

-Saya juga menghadapi masalah rambut yang gugur dan berkelemumur. Tapi setelah mencuba petua ini, saya dapati rambut yang gugur telah berkurangan dengan kadar yang segera. Anda sendiri boleh mencubanya kerana ianya mudah sahaja.Caranya adalah dapatkan daun lidah buaya, ambil lendirnya sahaja. Kemudian campurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya putih dan juga daun bunga tersebut. Ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam blender dan blend menggunakan sedikit air (sedikit sahaja). Setelah itu sapukan ramuan yang telah siap tadi ke akar rambut anda. Pastikan ia kena pada seluruh kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang 30 min, kemudian mandi dan bilaslah rambut anda seperti biasa. Bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur, syampu rambut anda menggunakan jus buah limau purut. Hasilnya, hmmmm....anda akan dapat lihat sebaik sahaja rambut anda mula mengering. Yang pasti, anda akan merasa cukup selesa selepas itu.

Petua wajah berseri

-Cuci muka anda dengan air basuhan beras. Saya menggunakan air basuhan kali ke-2. Air basuhan kali pertama biasanya agak gatal. Lakukannya pada setiap hari, sehari sekali. Kulit muka bukan sahaja bersih berseri, malahan akan menjadi bertambah cerah dan lembut-Setiap kali nasi yang dimasak hampir kering, ambil 2 sudu makan air nasi tersebut (airnya kelihatan agak pekat). Lumurkan pada seluruh wajah dan leher ketika masih suam. Biarkan sehingga kering, kemudian barulah dibilas.