Saturday, August 15, 2009

PETUA BERJIMAT

Setiap orang mempunyai pelbagai cara untuk menguruskan perbelanjaan mereka.Semua ini bergantung kepada diri individu itu sendiri untuk bijak uruskan perbelanjaan mereka.Sekiranya mereka menggunakan kad kredit dalam kehidupan seharian mereka,mereka perlu bijak unutk gunakanya bagi mengelakkan pelbagai masalah yang akan timbul…Dalam blog ini turut dipaparkan cara-cara untuk berjimat…

Tips penggunaan kad kredit

-Penggunaan kad kredit yang tidak terkawal akan menyebabkan berlakunya perbelanjaan melebihi pendapatan. Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyebabkan berlakunya masalah hutang yang tidak dapat dilangsaikan. Makin lama hutang tertunggak, makin banyak pula ‘faedah’ yang terpaksa ditanggung oleh pengguna. Berikut beberapa tips yang boleh dijadikan panduan kepada para pengguna kad kredit…

1-Sebelum memiliki kad kredit, lebih baik anda berfikir dahulu, adakah menjadi satu kepentingan untuk anda memiliki kad kredit dan untuk apa anda memohon kad kerdit itu. Jika anda rasa tidak mampu mengawal diri daripada berbelanja berlebihan menggunakan kad kredit, elok anda batalkan sahaja niat anda untuk memohon kad kredit. Ianya lebih selamat daripada anda terpaksa menanggung beban hutang yang tidak berkesudahan.

2. Jika sudah memiliki kad kredit, ingat dan sentiasa tanam dalam diri anda agartidak boros ketika berbelanja menggunakan kad kredit. Kalau boleh, beli secara tunai sahaja dan elakkan berhutang. Apa yang paling penting ketika menggunakan kad kredit ialah disiplin. Jika tiada disiplin yang kuat dalam diri anda, maka berlakulah penyalahgunaan kad kredit.

3. Jika anda terdesak untuk menggunakan kad kredit terutama untuk perkara-perkara yang tidak dijangka dan kebetulan ketika waktu tersebut anda tidak mempunyai wang yang cukup, maka gunakanlah kad kredit anda. Dan jika anda berhajat untuk membeli sesuatu misalnya televisyen baru, gunakanlah pelan bayaran tanpa faedah. Buat masa ini banyak kedai-kedai yang menawarkan skim bayaran tanpa faedah untuk kemudahan pembelinya.

4. Cubalah untuk cari kedai-kedai yang menawarkan skim bayaran mudah yang menawarkan bayaran tanpa faedah untuk tempoh selama 6 bulan, 12 bulan, 24 bulan atau 36 bulan.

5. Jika anda memiliki baki tertunggak dalam sesebuah kad kredit, cubalah usahakan untuk memindahkan baki bayaran tertunggak anda kepada kad kredit yang menawarkan kadar faedah yang lebih rendah daripada kad kredit yang anda pakai sekarang. Tapi yang pasti, jangan tambah kad kredit. Bila sudah mohon kad kredit yang baru, pastikan anda membatalkan kad kredit yang sebelumnya untuk mengelakkan bertambahnya beban hutang anda.

6. Cuba disiplinkan diri anda untuk bayar jumlah penuh setiap perbelanjaan yang anda buat setiap bulan menggunakan kad kredit. Ini ialah untuk mengelakkan anda dikenakan bayaran faedah oleh pihak pengurusan kad kredit anda. Biasanya setiap kad kredit menawarkan 20 hari tanpa bayaran faedah. Namun apa yang paling utama sekali ialah disiplin ketika menggunakan kad kredit. Jika tidak sampai bila-bila pun anda gagal menguruskan kewangan anda dengan baik.

PETUA CINTA

Cinta sememangnya sudah begitu sinonim dengan remaja.Setiap remaja berasa diri mereka ingin disayangi dan menyayangi di antara satu sama lain.Tidak kira lelaki@wanita pasti ingin tahu cara-cara@petua tentang cinta…Namun begitu,jika kita tidak mahu hanyut dalam melayari erti cinta,jangan pernah sekali-kali kita melupakan segala laranganya, malah kita juga perlu sentiasa mengerjakan suruhan- NYA…serahkan segala- galanya pada ALLAH S.W.T yang lebih mengetahuinya...Insyaallah,terlindunglah kita daripada cinta yang bertopengkan syaitan…Oleh itu,dalam blog ini dipaparkan tentang tanda-tanda jatuh cinta,rahsia wanita,strategi memikat wanita& sebagainya…

Tanda-tanda lelaki jatuh cinta

1. Lelaki akan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara ntuk kekasihnya dengan rela hati bukan kerana terpaksa atau dipaksa.

2. Lelaki akan sentiasa ingin menghiburkan kekasih hatinya dan berubah menjadi orang yang suka berbual.

3. Lelaki akan kerap menasihati dan memberi pandangan kepada kekasihnya sebagai tanda dia menyayangi kekasihnya itu.

4. Kadangkala lelaki cuba menyekat kebebasan kekasihnya kerana wujudnya perasaan cemburu dan curiga.

5. Lelaki sentiasa berasa takut akan kehilangan kekasihnya.

6. Lelaki tidak menyukai sekiranya kekasih hatinya rapat atau berkawan dengan lelaki lain.

7. Apabila kekasihnya tidak memberi tumpuan sepenuhnya, lelaki akan mudah berasa cemburu dan sensitif.

8. Adakalanya lelaki bersikap seperti keanak-anakan kerana mahukan perhatian dan layanan daripada kekasihnya.

9. Lelaki akan berubah menjadi seorang yang rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa sahaja.

10. Lelaki mula pandai merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

Rahsia wanita

- Mengenali seseorang adalah detik terindah dalam kehidupan manusia. Baik lelaki mahupun wanita, perasaan yang sama tetap wujud. Sifat ingin mengenali seterusnya menjalin hubungan yang serius adalah lumrah bagi semua orang. Asalkan namanya membabitkan ‘hati dan perasaan’, semuanya adalah sama…Namun begitu,wanita turut mempunyai rahsianya yang tersendiri seperti berikut…
1 - Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmatanya, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2- Bila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya,lebih baik anda beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum anda menegurnya dengan ucapan maaf.
3-Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang palingdia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan) berbanding dengan lelaki….

PETUA WANITA

Menjadi seorang wanita ini bukanlah begitu mudah.Dalam kehidupan wanita ini terdapat pelbagai pantang-larang yang perlu mereka patuhi bagi mengelakkan daripada berlaku perkara yang tidak diingini…Dalam blog ini dipaparkan beberapa perkara yang perlu dititikberatkan oleh wanita dalam kehidupan seharian mereka…Selamat mencuba…

Menghilangkan keputihan

-Bagi wanita yang mengalami masalah keputihan disarankan agar mencuba petua ini. Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya dan cuci bersih. Kemudian direbus di dalam periuk. Setelah mendidih campurkan sedikit garam dan biarkan suam. Kemudian ambil air rebusan yang suam tersebut dan cuci kemaluan. Lakukan 3 kali seminggu…

Elakkan pakai coli lebih 12 jam

-Ada sebab mengapa saranan ini dibuat. Ia kerana memakai coli lebih daripada tempoh 12 jam sehari mampu meningkatkan risiko kanser payu dara. Sebabnya coli akan memberikan tekanan kepada payu dara terutama kepada sistem limfa. Sistem ini mengandungi sejenis saraf yang sangat kecil dan berfugsi untuk mengeluarkan toksin, sel debris, sel kanser, virus, bakteria dan sebagainya untuk keluar dari sistem payu dara. Namun begitu, coli juga penting kerana ia menyokong dan mengekalkan bentuk payu dara. Ramai wanita mengakui mereka tidak selesa jika tidak memakai coli. Sebagai penyelesaian, elakkan memakai coli semasa tidur. Ini adalah antara cara untuk membantu mengelakkan risiko kanser payu dara.

Kurangkan risiko kanser payudara

-Salah satu cara untuk mengurangkan kanser payudara adalah dengan meminum air kacang soya. Selain mengatur fungsi reproduksi kandungan isoflavon dalam kacang soya dapat meningkatkan antioksida vitamin C dan E sehingga melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser seperti kanser payudara…

Meningkatkan kesuburan

-Untuk meningkatkan kesuburan seseorang, minumlah kacang soya setiap hari. Kalau boleh soya yang diperah secara asli (bukan dalam kotak). Ini disebabkan kacang soya membantu mengatasi penurunan hormon estrogen pada wanita kerana kacang soya mempunyai khasiat isoflavon iaitu khasiat yang mempunyai kesan yang sama seperti estrogen. Cubalah….

PETUA TIDUR


Tidur merupakan salah satu daripada nikmat kurniaan ALLAH S.W.T kepada kita. Semasa tidur sebahagian daripada anggota tubuh kita akan dapat berehat dan sebahagian daripada otak kita juga dapat berehat. Jika manusia tidak dapat tidur, dia akan menjadi separuh gila (diganggu igauan semasa jaga). Oleh itu manusia perlukan tidur biarpun sebentar saja.Susah untuk mendapatkan tidur yang lena begitu kerap berlaku pada semua orang,kemungkinan masalah ini berlaku berpunca daripada pelbagai faktor…Oleh itu,dalam blog ini turut dipaparkan cara-cara untuk mendapatkan tidur yang lena…Selamat mencuba….Insyallah, berjaya..

Susah untuk tidur

-Jika diserang sakit tidak dapat tidur lena pada setiap malam, memang merunsingkan.Badan akan terasa sakit-sakit dan lemah pada sebelah siang.Selalu menguap dan mengantuk.Dalam perkara ini dinasihatkan supaya mencari buah pala.Buah pala itu diparut secukupnya lalu dicampurkan dengan sedikit air.Kemudian ditekapkan pada bahagian ubun-ubun di kepala.Dengan izin Allah, orang yang mengalami hal ini akan tidur….

Mengurangkan dengkur

-Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. minumlah beberapa minit sebelum tidur….

Petua tidur lena

-Petua ini telah lama saya amalkan dan saya ingin berkongsi bersama kawan-kawan, bagi sesiapa yang berminat.. amalannya mudah sahaja…Sebelum masuk tidur, cuci muka dan basuh kaki terlebih dahulu, biar bersih luaran.. Dan yang penting sekali masa hendak baring tu bacalah Bismillah sebanyak 21 kali… Insyaallah tidur anda akan lena sampai esok pagi…. Saya dah mengamalkan petua ni selalu dan sangat berkesan. Cubalah bagi sesiapa yang mengalami masalah tidur malam. Semoga mendapat faedah dan kebaikan kepada semua…

PETUA PANTANG-LARANG ORANG LAMA

Orang tua zaman dahulu begitu menitikberatkan soal pantang- larang ini.Hal ini kerana bagi mereka pantang- larang tersebut penting untuk mereka jadikanya sebagai asas panduan di dalam kehidupan seharian mereka.Namun begitu,pantang- larang tersebut boleh mendatangkan pelbagai perkara buruk kepada sesipa sahaja yang mengingkarinya...Oleh itu,di bawah ini ada dipaparkan beberapa jenis pantang –larang yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian....

1)-Kita sering mendengar orang sesat di dalam hutan.Pantang larangnya jangan sekali-kali kita atau salah seorang daripada kita bercakap besar ketika berada dalam hutan seperti “aku tak akan sesat di dalam hutan”.Sebaik-baiknya setiap anggota mendiamkan diri dan jangan ambil sebarang benda atau tumbuhan yang ganjil semasa dalam perjalanan tersebut.

2)-Sebagaimana kata orang tua-tua “Anak dara yang suka menyanyi di dapur sukar mendapat suami”.Oleh itu,jangan lah kita sesekali mengamalkan perkara tersebut ketika berada di dapur. Selain itu, anak dara yang suka termenung di atas tangga juga berat jodohnya.

3)- Menurut pengalaman orang tua-tua sekiranya anda ingin mata anda sentiasa terang, jangan sekali- kali melihat kemaluan isteri atau suami.

4)-Sekiranya anda mahu gigi anda tahan lama dan tidak mudah sakit jangan sesekali meludah semasa membuang air besar atau di tempat-tempat kotor.Bagi menahan air liur keluar, anda hanya perlu menutup mulut sambil mencekam gigi dengan kuat.

5)-Elakkan diri daripada mengamakanl mandi di tengah malam yang boleh menyebabkan badan menjadi lemah dan kurang bermaya.

6)- Jangan melakukan perbuatan mencampak apa-apa barang terutamanya pakaian melalui tingkap rumah kerana menurut orang tua-tua amalan ini boleh memendekkan rezeki.

PETUA MENGIRA INDEKS JISIM TUBUH


Berat badan yang berlebihan adalah disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk yang diwarisi @diperolehi sendiri.Rawatan serta pengurusan jangka panjang diperlukan untuk mencapai & mengekalkan penurunan berat badan.Setiap orang perlu beri perhatian yang serius terhadap berat badan mereka.Pengekalan berat badan yang sesuai dengan ketinggian anda merupakan cara yang penting untuk mengekalkan badan yang sihat dan menarik.Oleh itu,di sini saya ada memaparkan cara untuk mengira keseimbangan berat badan.

Cara mengira keseimbangan berat dengan tinggi Indeks Jisim Tubuh (BMI): Berat tubuh badan(KG) bahagi Ketinggian(M) kali Ketinggian(M)

-Contoh : Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.56 m Mula-mula, kalikan 1.56 dengan 1.56 bersamaan 2.4336 Kemudian bahagikan 55 dengan 2.4336 untuk mendapatkan BMI anda,yang mana jawapannya ialah 22.6 Sekiranya BMI anda :

* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan

* 20 hingga 24.9, anda terdiri dari berat badan yang normal

* 25 hingga 29.9, berat badan anda mulai berlebihan

* 30 dan keatas,anda adalah obesiti

PETUA PENJAGAAN BAYI



Masalah cirit-birit selalu berlaku pada bayi yang di berikan susu formula. Selalunya ia terjadi kerana beberapa sebab.Antara sebabnya ialah bayi anda alah dengan susu lembu atau botol susu yang kurang bersih .Akibatnya bayi anda mungkin mengalami cirit-birit yang boleh menyebabkan suhu badan bayi menjadi panas dan kering kerana kehilangan banyak air. Selain daripada itu kawasan punggung bayi mungkin menjadi merah dan melecet.


Apa yang anda perlu lakukan adalah ,selalunya doktor akan meminta anda menukar susu formula tersebut kepada susu berasaskan soya kerana ia lebih ‘lembut’ dengan perut bayi.Selain itu,lampin perlulah selalu ditukar.Hal ini kerana bayi akan berasa lebih selesa dan tidak merangsang kulit bayi yang terdedah dengan bahan kimia yang terkandung di dalam lampin pakai buang. Supaya lampin tidak lembap, anda boleh lapik lampin kain tadi dengan nappy liner.Sapukan krim atau gantikan dengan tepung ubi untuk mempercepatkan penyembuhan. Sesekali dedahkan atau biarkan bayi anda tidak memakai lampin supaya kawasan punggung tidak lembap.Selain dari itu, jangan gosok kawasan punggung bayi setiap kali mencuci kawasan tersebut. Hanya alirkan air bersih dan lap sahaja.

Petua mengurangkan selsema pada bayi

-Bayi yang masih kecil kalau selsema memang kadangkala sukar untuk bernafas.Kalau keadaan terlalu teruk, anda terpaksa membawa mereka ke klinik supaya kahak dan lendir tersebut di sedut atau di buang.Menurut ibu yang pernah mengalaminya, doktor menggunakan gas. Di farmasi juga ada di jual ubat titik atau drops untuk di titikkan dalam hidung bayi tetapi ia tak boleh diamalkan selalu.Jadi hari ini saya paparkan serba sedikit petua untuk hilangkan selsema pada bayi.Insyaallah,petua ini dapat membantu kurangkan selsema pada bayi anda…
1. Petua gunakan kapur sirih dengan kunyit
- Ambil kunyit hidup dan di gesekkan dengan kapur makan. Sapu di sepanjang batang hidung bayi .
2.Gunakan madu
- Madu ini dapat membantu mengeringkan kahak.Oleh itu, campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu pada sedikit setiap hari.
3.Petua menggunakan daun sirih
-Ambil beberapa helai daun sirih, ramas atau tekan-tekan daun tersebut dengan tangan dan ambil lendirnya.Kemudian sapu lendir sirih tersebut di sepanjang batang hidung bayi.