Friday, August 14, 2009

PETUA KECANTIKAN

Kecantikan sememangnya sinonim dengan kaum wanita.Wanita juga ingin sentiasa cantik dipandangan mata setiap orang.Petua ini mungkin telah diingatkan kepada kita berulang kali oleh ibu @ nenek kita,namun tidak ramai yang menjadikannya sebagai satu amalan.Oleh itu petua ini sangat berguna kerana ia boleh menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian hanya dengan menggunakan panduan-panduan ringkas yang dipaparkan dalam blog ini.

Petua awet muda

-Meminum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur merupakan amalan pengekalan kejelitaan yang paling mudah, tetapi paling mujarab. Di bawah adalah 'penambahan' kepada amalan meminum air suam yang mesti kita amalkan setiap pagi untuk kelihatan awet muda sepanjang usia kita. Bagi saya, biarlah usia kita tua, namun wajah kita tidak perlu menunjukkannya.-Letakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Bagi umat Islam, berselawatlah 3 kali sebelum mengambil minuman ini. Perlu diingatkan untuk meminum air suam ini sebelum mengambil apa-apa sarapan.

Petua cantik semulajadi

-Cuci muka anda dengan air basuhan beras. Saya menggunakan air basuhan kali ke-2. Air basuhan kali pertama biasanya agak gatal. Lakukannya pada setiap hari, sehari sekali. Kulit muka bukan sahaja bersih berseri, malahan akan menjadi bertambah cerah dan lembut.-Setiap kali nasi yang dimasak hampir kering, ambil 2 sudu makan air nasi tersebut (airnya kelihatan agak pekat). Lumurkan pada seluruh wajah dan leher ketika masih suam. Biarkan sehingga kering, kemudian barulah dibilas.

Petua kecantikan mata

1)Bulatan hitam bawah mata-Hancurkan/tumbuk daun pudina segar dan letakkannya di sekitar bahagian mata. Biarkannya selama 10 minit sebelum mencucinya menggunakan air sejuk.
2-)Mata sembab-Mata sembab boleh dikurangkan dengan menggunakan potongan ubi kentang segar. Caranya adalah dengan meletakkan potongan ubi kentang di atas mata selama beberapa minit.

Petua hilangkan parut jerawat

-Petua ini menggunakan daun lidah buaya untuk membantu memudarkan parut (tak kira parut jerawat ke atau parut di badan)-Caranya adalah dengan mengambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. InsyaAllah parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baru. Ingat, jangan tunggu lama-lama, jangan biar luka/parut dah jadi kehitaman baru nak cari daun lidah buaya ni yer..

Petua hilangkan jerawat

Petua kali ini menggunakan kulit timun.
-Kupas kulit sebiji timun dan kemudian tumbuk hingga lumat. Bersihkan wajah terlebih dahulu dan lapkan wajah sehingga kering. Selepas itu, pupurkan kulit timun yang telah ditumbuk tadi pada jerawat yang terdapat di wajah anda. -Biarkan ia mengering selama 1/2 jam pada wajah sebelum dicuci dengan air bersih. Petua ini elok jika diamalkan pada setiap hari supaya jerawat yang tumbuh cepat mengering dan tidak meninggalkan bekas.

Petua kurangkan rambut gugur

-Saya juga menghadapi masalah rambut yang gugur dan berkelemumur. Tapi setelah mencuba petua ini, saya dapati rambut yang gugur telah berkurangan dengan kadar yang segera. Anda sendiri boleh mencubanya kerana ianya mudah sahaja.Caranya adalah dapatkan daun lidah buaya, ambil lendirnya sahaja. Kemudian campurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya putih dan juga daun bunga tersebut. Ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam blender dan blend menggunakan sedikit air (sedikit sahaja). Setelah itu sapukan ramuan yang telah siap tadi ke akar rambut anda. Pastikan ia kena pada seluruh kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang 30 min, kemudian mandi dan bilaslah rambut anda seperti biasa. Bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur, syampu rambut anda menggunakan jus buah limau purut. Hasilnya, hmmmm....anda akan dapat lihat sebaik sahaja rambut anda mula mengering. Yang pasti, anda akan merasa cukup selesa selepas itu.

Petua wajah berseri

-Cuci muka anda dengan air basuhan beras. Saya menggunakan air basuhan kali ke-2. Air basuhan kali pertama biasanya agak gatal. Lakukannya pada setiap hari, sehari sekali. Kulit muka bukan sahaja bersih berseri, malahan akan menjadi bertambah cerah dan lembut-Setiap kali nasi yang dimasak hampir kering, ambil 2 sudu makan air nasi tersebut (airnya kelihatan agak pekat). Lumurkan pada seluruh wajah dan leher ketika masih suam. Biarkan sehingga kering, kemudian barulah dibilas.

1 comment:

  1. Nk cbe lh lpas nie.. Hrmm...akak tau x cra nk hilangkn parut timbul chicken pox??

    ReplyDelete