Saturday, August 15, 2009

PETUA PANTANG-LARANG ORANG LAMA

Orang tua zaman dahulu begitu menitikberatkan soal pantang- larang ini.Hal ini kerana bagi mereka pantang- larang tersebut penting untuk mereka jadikanya sebagai asas panduan di dalam kehidupan seharian mereka.Namun begitu,pantang- larang tersebut boleh mendatangkan pelbagai perkara buruk kepada sesipa sahaja yang mengingkarinya...Oleh itu,di bawah ini ada dipaparkan beberapa jenis pantang –larang yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian....

1)-Kita sering mendengar orang sesat di dalam hutan.Pantang larangnya jangan sekali-kali kita atau salah seorang daripada kita bercakap besar ketika berada dalam hutan seperti “aku tak akan sesat di dalam hutan”.Sebaik-baiknya setiap anggota mendiamkan diri dan jangan ambil sebarang benda atau tumbuhan yang ganjil semasa dalam perjalanan tersebut.

2)-Sebagaimana kata orang tua-tua “Anak dara yang suka menyanyi di dapur sukar mendapat suami”.Oleh itu,jangan lah kita sesekali mengamalkan perkara tersebut ketika berada di dapur. Selain itu, anak dara yang suka termenung di atas tangga juga berat jodohnya.

3)- Menurut pengalaman orang tua-tua sekiranya anda ingin mata anda sentiasa terang, jangan sekali- kali melihat kemaluan isteri atau suami.

4)-Sekiranya anda mahu gigi anda tahan lama dan tidak mudah sakit jangan sesekali meludah semasa membuang air besar atau di tempat-tempat kotor.Bagi menahan air liur keluar, anda hanya perlu menutup mulut sambil mencekam gigi dengan kuat.

5)-Elakkan diri daripada mengamakanl mandi di tengah malam yang boleh menyebabkan badan menjadi lemah dan kurang bermaya.

6)- Jangan melakukan perbuatan mencampak apa-apa barang terutamanya pakaian melalui tingkap rumah kerana menurut orang tua-tua amalan ini boleh memendekkan rezeki.

No comments:

Post a Comment